Sunday, June 6, 2010

Cemuhan demi cemuhan

Saban hari akhir2 ini kita baca di akhbar dan kita dengar di media tv dan radio bagaimana SPRM berjaya menangkap penerima2 rasuah dipejabat2 awam seluruh negara. Kalau tidak silap saya semua yang tangkap adalah orang Melayu beragama Islam samaada lelaki atau pun perempuan. Nilai sogokan dimaklumkan diantara RM50 hingga RM5000.

Kita tidak pernah menyokong penerimaan rasuah. Dan kita tahu mereka2 yang tertangkap itu telah kalah oleh nafsu untuk cepat senang. Kalau nak kaya bukan dengan cara terima rasuah, rasanya mereka itu pun tahu. Kalau nak kaya cepat, orang Melayu katanya boleh cari projek dan kemudian jual kepada yang bukan Melayu - bolehlah dapat paling tinggi 10% dari nilai projek. Maka kalau projek bernilai RM100 juta bolehlah dapat RM10 juta! Itu cerita yang sering bermain dikalangan masyarakat Malaysia. Hakikatnya bukan senang nak dapat projek melainkan kita ini ada kenalan orang atasan yang boleh bagi projek. Rata2 orang Melayu bukannya ada kenalan orang atasan dan kalau kenal pun sekadar jadi orang suruhan agaknya.

Yang kita patut tanya ialah apa yang SPRM buat untuk membenteras pemberian rasuah? Penangkapan itu adalah usaha untuk membenteras penerimaan rasuah tetapi hakikatnya ialah kalau tidak ada yang memberi tentu tidak mungkin ada yang menerima. Kalau kita tanya secara ikhlas bangsa apa yang suka memberi rasuah atau lebih tepat lagi mampu untuk memberi rasuah? Sudah tentu tidak ramai dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu tidak berduit dan tiada kepentingan untuk memberi rasuah.

Tetapi pihak bukan Melayu sering melaungkan betapa teruknya pentadbiran orang Melayu yang tidak cekap dan suka makan rasuah. Pada waktu yang sama mereka tidak pula mengutuk bangsa mereka yang memberi rasuah! Ini jelas adalah usaha untuk memburuk-burukan segala yang berkaitan dengan orang Melayu tetapi malangnya orang Melayu tidak melenting dan membalas propaganda orang bukan Melayu mencemuh kita dimata dunia.

Cuba kita renung betul2, siapa yang punya kepentingan perniagaan dan kekayaan untuk memudah cara dengan memberi rasuah? Sepatutnya, kita tangkap pemberi rasuah dan kita rampas kekayaan mereka untuk kepentingan ramai. Kalau kita kaji lebih dalam lagi- cuba kita jawab soalan2 ini:

i) Siapa raja dadah?
ii) Siapa pengelola judi haram?
iii) Siapa mengurus ceti haram?
iv) Siapa pembekal pelacur?
v) Siapa ada kepentingan untuk sogok Polis, JPJ, Immigresen, Jabatan2 pelesenan dll?
vi) Siapa pemilik kilang, premis dan perniagaan tanpa lesen?
vii) Siapa yang menguasai kongsi gelap?

serta pelbagai lagi kemudharatan dalam negara ini - puncanya dari siapa?

Dan dengan kelemahan2 orang Melayu yang telah mereka kenal pasti dan eksplotasikan itu, kini mereka berpaling dan kata bahawa orang Melayu tidak lagi layak memerintah negara ini. Yang pelik ramai pula orang Melayu sendiri terutamanya yang taksub dengan individu dan politik kepartian bersetuju untuk menyerahkan pemerintahan negeri2 dan negara ini kepada orang bukan Melayu!

Mengapa orang Melayu mudah sangat tertipu dengan dakyah orang asing dan bercakaran sesama sendiri? Tanyalah diri anda sendiri - mungkinkah kita dapat selamat negara ini untuk anak cucu kita nanti?

Saturday, June 5, 2010

Dari kacamata mereka

Kita perlu mengenali dengan siapa kita berhadapan barulah kita boleh mengukur sekadar mana tindak balas kita. Jika kita tidak mempedulikan apa yang berada di fikiran mereka selagi itulah kita 'menyanyi' sendirian. Kita hanya perasan yang orang lain menerima kita walhal dengan sebelah mata pun mereka tidak hairan kepada kita!

Lagi dari Nanyang Siang Pao untuk tatapan kita bersama.

Nanyang Siangpao

Per: Rakyat Mahu Keadilan Dan Hak Sama Rata (Nasional)

Ruangan: Yuan Lun m/s C12
Tarikh: 02 Jun 2010 (Rabu)
Harapan Orang Cina Pada Konsep 1 Malaysia
Nama samaran Shen Jin Rong/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini

Konsep 1 Malaysia Najib sehingga hari ini, boleh dikatakan setiap siaran di media maklumat elektronik sentiasa dipaparkan dengan slogan “1 Malaysia”. Tetapi apakah isi dan intisari yang tersimpan di dalam konsep “1 Malaysia”, apakah yang difikirkan oleh rakyat, adakah ia sebagai satu benda yang begitu sahaja tiada mambawa apa-apa maksud.

Saya anggap konsep “1 Malaysia” pada dasarnya mahu melahirkan sebuah Negara bangsa yang adil dan sama rata, masyarakat yang aman sentosa dan tiada sebarang perselisihan antara kaum, dan tiada sebarang tekanan ataupun perpecahan dalam hak hak keistimewaan. Di bawah konsep “1 Malaysia” perubahan-perubahan polisi mengikut dasar-dasar perlembagaan yang termaktub, ia juga salah satu landasan untuk mensetabilkan kemanan Negara dan rakyat. Kita mesti mendukung perlembagaan negara, kerana perlembagaan lah yang berkuasa dan mampu mempertahankan asas-asas hak rakyat, yang juga boleh melahirkan keamanan dan kebebasan rakyat.

Mengikut perlembagaan, yang dimaksudkan kebebasan dan sama rata adalah supaya seseorang ataupun individu mampu bermasyarakat, dalam ekonomi dan pendidikan, kehormatan dan hak hak kemanusiaan semuanya boleh dikembangkan. Tidak kira apa bangsa sekalipun, semuanya tidak boleh ditindas, pihak kerajaan perlu tangani sama rata kepada semua kaum apabila melaksanakan polisi mereka, inilah yang dikatakan benar-benar konsep “1 Malaysia”.
Saya anggap isi intisari penting dalam konsep “1 Malayisa” sepatutnya merangkumi:

Politik:
konsep “1 Malaysia” perlu ditangani dengan cara demokrasi, membina masyarakat yang berpegang pada landasan demokrasi, pembahagian kuasa yang sama rata, semua kamu berpeluang menyandang jawatan menteri dalam cabinet, orang-orang Cina yang bilangan penduduk kedua terbesar juga diberi peluang untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan, contohnya di kemnerian kewangan dan di kementerian pelajaran serta jawatan timbalan perdana menteri.

Pemhabagian Kek Ekonomi Sama Rata

Ekonomi: selama perlaksanaan dasar ekonomi baru (DEB), orang-orang Cina dan orang-orang India diketepikan, tidak dapat menikmati kek ekonomi semasa ekonomi Negara sedang meningkat, kepada saudara-saudara Melayu yang berpendapatan rendah, kerana pembahagian kek yang tidak keseimbangan pelancaran membasmi kemiskinan hanya dapat dinikmati oleh segelintir organisasi yang jadi kaya raya, kebanyakan orang-orang Melayu tidak dapat mengecapi bantuan dari dasar ekonomi baru itu (DEB), membasmi kemiskinan menjadi satu polisi (DEB) yang gagal kerana tidak berkesan.

Pedidikan:
semenjak kita merdeka, sekolah-sekolah Cina menerima layanan yang tidak adil, kelulusan mereka diiktiraf oleh Negara-negara maju di seluruh dunia, tetapi tidak dapat diiktiraf oleh Negara sendiri, diharap pihak kerajaan dapat ukur perkara ini dari segi kaca mata pendidikan, percepatkan pengkitirafan kelulusan dari universiti-universit dari China dan Taiwan yang sataraf dengan kelayakannya. Supaya pelajar-pelajar cerdik pandai Negara yang keluar dari universiti-universiti tersebut dapat kembali berkhidmat pada Negara ini dan mampu menyumbang jasa dan tenaga pada Negara ini.

Dari segi pekerjaan layani ketiga-tiga bangsa ini dengan adil:
tidak terkecuali di jabatan-jabatan kerajaan, di Bank-bank, pejabat Pos, jabatan air, jabatan tenaga telekom, jabatan polis dan jabatan imegrasen dan lain-lain jabatan lagi, apabila kita masuk kesemua jabatan-jabatan ini, semuanya disandang oleh orang-orang Melayu, keadaan ini menunjukan tidak laksanakan atau tidak ambil kakitangan yang nisbah sama rata di antara kaum. Selain dari itu semua ketua-ketua jabatan dalam kementerian dikuasai oleh saudara-saudara Melayu, kaum lain tidak berpeluang untuk memegang jawatan-jawatan itu. Pada Negara yang mempunyai tiga kaum yang besar ini, menunjukan peluang itu tidak dibahagi sama rata.

Contoh-contoh di atas, politik, ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan menunjukkan semua tidak ditangani dengan adil dan sama rata, pihak kerajaan perlu tangani perkara ini dan membuat sesuatu perubahan, laksanakan masyarakat yang lebih demokrasi dan laksanakan sistem yang lebih demokrasi, supaya suara rakyat dan rayuan rakyat semua kaum benar-benar dapat ditunjulkan ke permukaannya, ini barulah tepat kepada konsep “1 Malaysia” untuk Negara ini.

Sunday, May 30, 2010

Dari Nanyang Siangpao

Saya ingin berkongsi dengan saudara/i email yang saya terima dari rakan saya. Ianya adalah makalah yang dipetik dan diterjemah dari surat khabar Nanyang Siangpao. Oleh kerana kita semua rata2 buta baca Cina, terjemahan ini ada baiknya!




Nanyang Siangpao

Per: MCA-UMNO-masyarakt Cina dan Melayu

Ruangan: Yuan Lun m/s A10

Tarikh: 24 Mei 2010 (Isnin)

Tajuk:

Umno Sudah Tahu Lama

Gelaran nama Penulis samaran (tak tahu menahu)/ artikel ruangan ini bukan pandangan dari akhbar ini

Presiden MCA baru-bartu ini selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa Pusat MCA telah mengumumkan, MCA mahu pihak kerajaan iktiraf sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina, dan izinkan pelajar kelulusan dari sekolah-sekolah menengah Cina di bidang sains boleh belajar di IPTA, dan mahu pihak kerajaan mengeluarkan bantuan sebanyak 30 juta ringgit kepada sekolah-sekolah menengah Cina. Dan hapuskan perbezaan sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan separuh, dan utarakan isu-isu pembinaan 10 buah sekolah SRJKC dan pepindahan 15 buah sekolah SRJKC pada rancangan Malaysia ke 10 ini.

Akhirnya MCA baru tahu apa sebenarnya yang masyrakat CIna mahukan agaknya? Walaupun itu adalah sebahagian daripada permintaan masyarakat Cina, ia juga satu perkara yang baik, sudah tentu MCA tidak akan sebut-sebut lagi: kita akan kaji apa sebenarnya yang orang-orang Cina rasa tidak puas hati.

Selain dari itu, selama ini pemimpin-pemimpin MCA selalu berkata, peranan MCA bukan seperti parti pembangkang buat kecoh dan riuh rendah di luar sana. Tetapi pembangkan tidak mampu selesaikan masalah, kita MCA di dalam dapat selesaikan masalah secara perbincngan.

MCA Sepatutnya Gunakan Kuasa Dalam Kerajaan

Mengikut keadaan semasa hari ini, MCA sudah ikut tindak tanduk cara pembangkang, bawa isu keluar dan buat kecoh di luar sana, Tetapi samada Perkasa dan pertubuhnan NGO orang-orang Melayu secara tidak langsung minta MCA jadi parti pembangkang ataupun tidak buat masa ini?

Sebenarnya ini adalah satu perkara yang amat pelik, MCA sebagai bos nombor 2 di dalam Barisan Nasional, diumpama seperti juga pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat, selalu menyuarakan MCA berkuasa mutlak dalam Barisan Nasional, mengikut peraturan “permintaan” boleh terus diajukan kepada pihak kerajaan untuk dilaksanakan. Kenapa tidak gunakan kuasa “permintaan” itu terus minta dengan pihak kerajaan sebaliknya buat kicuh dan riuh rendah di luar juga tidask ada beza dengan parti pembangkang. Bermakna apa bezanya MCA dengan Dong Jiao Zong, Hua Zong dan parti-parti pembangkang? Kenapa MCA memepercil-kecilkan kewibawaan diri sendiri, kenapa tidak laksanakan kuasa yang ada iaitu apa yang dikatakan pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat, itu yang buat semua orang tidak faham terhadap MCA, adakah kedudukan MCA dalam Barisan Nasional sudah tidak berbisa lagi dan terpaksa meminjam kuasa dan tekanan dari luar untuk perkukuhkan diri?

“apa yang orang-orang Cina mahukan”, sebenarnya UMNO sudah lama tahu dengan jelas, UMNO sudah lama tahu apa yang MCA “tuntut” dan apa yang orang-orang Cina “masih mahukan lagi”, tidak sempat MCA ajukan isu-isu itu lagi kenapa pada pilihan raya 2008 orang-orang Cina sokong Pakatan Rakyat, kenapa orang-orang Cina sanggup sokong Pas yang selama ini mereka benci dan kenapa tidak sokong calon-calon UMNO dan Barisan Nasional yang amalkan konsep sederhana, apa sebabnya UMNO akur terhadap keputusan yang berlaku itu; kenapa pada pilihan raya di Hulu Selangor dan Sibu selepas orang-orang Cina dapat habuan peruntukan masih tidak sokong Barisan Nasional, sebenarnya UMNO lebih faham dan lebih jelas, UMNO juga tahu lakukan cara apa untuk tarik kembali pengundi Cina.

Sudah tahu isu “orang-orang Cina mahu apa lagi” adalah perkara yang berbeza, mereka tidak boleh samakan isu, kerana sudah tahu apa yang orang-orang Cina mahukan dan beri apa yang dimahukan, walaupun mereka tahu apa yang diberikan kepada orang-orang Cina itu langsung tidak jejaskan kepentingan orang-orang Melayu, dan tidak langsung jejaskan hak keistimewaan orang-orang Melayu, tetapi oleh kerana selama ini pemikiran dalam masyarakat Melayu ditanankan dengan pemikiran yang tidak dapat ditembusi atau dipecahkan iaitu apa yang memberikan kepentingan kapada kaum lain akan menjejaskan orang-orang Melayu, selama ini fikiran seperti ini yang tertanam dalam jiwa-jiwa mereka, semasa UMNO mahu memberi kepuasan kepada orang-orang Cina terpaksan lakukannya secara tersorok-sorok berhati-hati dan senyap-senyap, dikhuatiri dituduh UMNO gadaikan hak orang-orang Melayu, sebaliknya orang-orang atasan UMNO cuba meranduk di air yang keruh ambil kesempatan memputarbelitkan konsep itu untuk kepentingan masing-masing, hingga UMNO sendiri tidak berani beri hak sama rata terhadap masyarakat Cina.

Berfikiran Beri Kepentingan Pada Kaum Lain Pasti Merugikan Orang Melayu

Contohnya pembangunan di SRJKC, langsung tidak menjejaskan peluang pendidikan orang-orang Melayu, kerana Sekolah Kebangsaan boleh hidup seperti cendawan tumbuh, orang-orang Melayu langsung tidak khuatir mereka akan kehilangan pendidikan bahasa Ibunda mereka, tetapi ahli-ahli politik berkata perkembangan sekolah-sekolah Cina akan menjejaskan bahasa kebangsaan, serta menuding orang-orang Cina belajar bahasa Mandarin tidak cintakan Negara ini, dituduh orang-orang Cina belajar bahasa Mandarin menghalang perpaduan di Negara ini. Semua “alasan” ini sudah berlarutan selama berpuluhan tahun, kepada orang-orang UMNO yang berkepentingan dan yang lebih bijak mempergunakan isu-isu ini sebagai benteng kuat mereka, sebab itu perkembangan pendidikan sekolah Cina alami banyak rintangan.

Oleh kerana falsafah berkonsepkan “apa sahaja yang baik untuk kaum lain akan menjejaskan hak orang-orang melayu” telah meresap ke dalam jiwa dan fikiran orang-orang melayu begitu kuat, sebab itu apa sahaja “yang dikatakan adil untuk kaum lain, pada fahaman orang-orang Melayu ia tidak adil pada orang-orang Melayu” inilah konsep dan fikiran yang paling mudah yang boleh diterima oleh orang-orang Melayu. Kenapa kita tidak boleh hapuskan polisi-polisi dalam Ekonomi Baru, sebab kerana ia dikatakan akan menjejaskan kepentingan orang-orang Melayu dan akan berlaku tidak adil pada orang-orang Melayu. Kenapa tidak boleh hapuskan sistem kuota, kerana sistem kuota akan jejaskan dan berlaku tidak adil pada orang-orang Melayu.

Sebab itu walaupun UMNO sudah lama tahu “apa lagi yang orang-orang Cina mahukan”, dari segi moral politik, mereka perlu lebih bersikap terbuka layan orang-orang Cina, tetapi disamping itu terpaksa lihat kembali kepentingan mereka dalam politik itu sendiri, apa yang mahu mereka lakukan tetapi mereka sendiri tidak terdaya.

MCA terpaksa lakukannya dengan cara sama apa yang dilakukan oleh masyarkat Cina buat kecoh dari luar dan bawa masuk kembali ke dalam untuk ajukan permohonan, adakah nasib MCA sama dengan masyarakat Cina yang di luar sana? Masyarakat Cina boleh lihat apa yang berlaku itu bukankah kepentingan politik UMNO memang lebih tinggi daripada segala-galannya.